Pengenalan | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» LABORATORI » Laboratori Gerontologi Sosial » Pengenalan

Pengenalan

Makmal Gerontologi Sosial memfokuskan kepada aspek sosial dalam proses penuaan, yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan sepanjang hayat bagi memperbaiki kesejahteraan warga emas dan mempromosikan gaya hidup aktif, produktif dan bebas di usia tua. Makmal Sosial Gerontologi menggunakan pendekatan pelbagai disiplin untuk menangani pelbagai aspek isu penuaan seperti kesan perubahan demografi, ageisme, hubungan antara generasi dan sosial, ekonomi antara generasi, keselamatan / kelemahan ekonomi serta aspek psikososial.

Bidang penyelidikan dan program subtema Makmal Gerontologi Sosial menyokong tiga bidang nic MyAgeingTM dengan mengkaji setiap bidang daripada perspektif sosial di peringkat mikro dan makro yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan yang berkaitan seperti masyarakat sivil, perniagaan dan kerajaan.

Bidang subtema adalah seperti berikut:


(i) Akaun Pemindahan Nasional (ekonomi antara generasi)

(ii) Hubungan Antara Generasi

(iii) Kesejahteraan Ekonomi dan Kewangan pada Usia Tua

  • Pendidikan Kewangan
  • Persaraan

(iv) Kerja dan Warga emas

(v) Pembelajaran Sepanjang Hayat

(vi) Kajian Demografi dan Penduduk

Bidang penyelidikan di bawah makmal sosial menyediakan beberapa benefisiari berserta bukti yang relevan untuk menetapkan dasar keselamatan sosial yang mampan bagi warga emas, menggalakkan kelestarian gaya hidup bagi penuaan produktif dan menggalakkan persediaan untuk usia tua dalam kalangan generasi muda.

 

 

Kemaskini:: 07/04/2020 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDcWAq~