»
ABOUT US »
Committee » Jawatankuasa Teknikal, Sebut Harga, Spesifikasi Pencucian, Aset, Tentukuran Dalaman dan Pelupusan
GARIS PANDUAN
- Melaksanakan Verifikasi Kendiri bagi aset dan inventori pada setiap tahun
- Melakukan pelupusan aset dan inventori pada setiap tahun.
- Mendapatkan data bagi ;
(a) Aset/Inventori hilang/tidak dapat dikesan
(b) Aset/Inventori tidak digunakan
- Merancang permohonan peruntukan kewangan bagi proses penyelenggaraan peralatan penyelidikan PTJ
- Mengenal pasti peralatan penyelidikan di PTJ yang perlu diselenggara atau baik pulih.
- Melengkapkan senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan dan penentukuran peralatan penyelidikan di PTJ mengikut format yang telah disediakan.
- Menyemak senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan dan penentukuran untuk memastikan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan lengkap.
- Memantau dan menyediakan laporan pemantauan penggunaan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan dan penentukuran peralatan untuk setiap 3 bulan.
- Mengadakan mesyuarat/perbincangan selepas setiap proses pemantauan.
- Melaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ.
- Merujuk kepada Prosedur Penentukuran/Verifikasi Peralatan dalam MS ISO 9001:2015
- Menyediakan senarai peralatan bagi permohonan peruntukan penentukuran peralatan makmal bagi setiap tahun.
- menimbang sebut harga dan memilih sebut harga/spesifikasi tertentu. Jawatankuasa hendaklah berpuas hati semua penyebut harga telah diberi peluang yang saksama.
- Jawatankuasa hendaklah bersidang/bermesyuarat untuk memutuskan sebut harga/spesifikasi/teknikal. Pertimbangan sebut harga/spesifikasi/teknikal secara edaran tidak dibenarkan.
- Perbincangan dan keputusan Jawatankuasa hendaklah dicatatkan dalam minit dan ditandatangani oleh pengerusi dan ahli Jawatankuasa. Asas-asas pemilihan sebut harga hendaklah dicatatkan dengan jelas.
- Keputusan Jawatankuasa hendaklah sebulat suara. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi yang berkenaan untuk keputusan.
Updated:: 05/11/2024 [norhanika]
MEDIA SHARING