Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» MENGENAI KAMI » Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA)

Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA)

EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam, dan merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Pada peringkat UPM, EKSA juga merupakan salah satu daripada kriteria penilaian bagi Penarafan Bintang PTJ.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau;
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi.

 

Kemaskini:: 29/12/2023 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdVAF~