DISTINGUISHED LECTURE & COLLABORATION (DLC) SERIES 7.0 “LIVING LONGER, BUT ARE WE LIVING BETTER?” | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
» ACTIVITIES » DISTINGUISHED LECTURE & COLLABORATION (DLC) SERIES 7.0 “LIVING LONGER, BUT ARE WE LIVING BETTER?”

ACTIVITIES

Event Title
DISTINGUISHED LECTURE & COLLABORATION (DLC) SERIES 7.0 “LIVING LONGER, BUT ARE WE LIVING BETTER?”
Date
17 Jul 2019 - 17 Jul 2019
Time
01.00 - 07.30
Location
Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI)
Event Summary
Y. Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr.,


JEMPUTAN MENGHADIRI SYARAHAN BERTAJUK "LIVING LONGER, BUT ARE WE LIVING BETTER?"

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) dengan sokongan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Putra Malaysia di bawah program Distinguished Lecture and Collaboration (DLC) akan menganjurkan syarahan bertajuk "Living Longer, But Are We Living Better?" yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Connie Evashwick dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat. Syarahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu mengenai sistem penjagaan bersepadu warga emas kepada para penyelidik dan pemegang taruh yang terlibat.


3. Sehubungan itu, kami berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr menghadiri syarahan tersebut dengan butiran seperti yang berikut:


Tarikh : 17 Julai 2019 (Rabu)
Masa : 12.00 tengah hari – 5.00 petang
Tempat : Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI), Lebuh Silikon,
43400 Universiti Putra Malaysia.






4. Kerjasama Y. Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran sebelum atau pada 1 Julai 2019 (Isnin) dengan mengembalikan borang kehadiran (Lampiran 1) kepada urus setia. Bersama-sama ini juga dilampirkan agenda tentatif (Lampiran 2) untuk rujukan pihak Y. Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Cik Siti Aisyah Binti Nor Akahbar (03-97692739 atau email a_aisyah@upm.edu.my). Perhatian dan kerjasama pihak Y. Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr. dalam menjayakan syarahan ini amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.



“BERILMU, BERBAKTI”

Updated:: 25/06/2019 [norhanika]

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
C1569036034