Event Title
Kursus Asas Kesihatan Mental Untuk Warga Emas
Date
17 Jul 2025 - 17 Jul 2025
Location
Bilik Latihan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®)
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan kursus seperti butiran berikut:
Tajuk : Kursus Asas Kesihatan Mental Untuk Warga Emas
Tarikh: 17 Julai 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Latihan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®)
Yuran : RM50/peserta
Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/UdH3cFAd7AJVPwfw8
Kaedah Pembayaran:
Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Gerbang Pembayaran UPM (FPX/kad bil/kad kredit).
Sila imbas kod QR dalam poster atau layari https://putrapayment.upm.edu.my/
Pilih kategori Conference dan pilih "Kursus TERA DI MyAgeing® 2025".
Hanya pindahan dalam talian diterima. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan pembatalan atau penarikan diri.
🔹 Sijil penyertaan elektronik (e-sijil) akan diberikan kepada semua peserta.
🔹 Staf UPM layak menuntut mata latihan CPD.
🔹 Tarikh Tutup Pendaftaran: 16 Julai 2025 (Rabu), jam 3.00 petang
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Farid di talian 0111-854 3083 atau emel ke tera.myageing@upm.edu.my. Kami amat menghargai sekiranya makluman ini dapat dikongsikan bersama rakan dan kenalan anda agar lebih ramai berpeluang menimba ilmu yang bermanfaat ini
Sekian, terima kasih.

Updated:: 09/07/2025 [n_asyikin]