Artikel MyAgeing® Dipaparkan Dalam Terbitan MRUN, Dilancarkan Di Festival Idea Putrajaya 2025 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Artikel MyAgeing® Dipaparkan dalam Terbitan MRUN, Dilancarkan di Festival Idea Putrajaya 2025

Artikel MyAgeing® Dipaparkan dalam Terbitan MRUN, Dilancarkan di Festival Idea Putrajaya 2025

 

 

Serdang, 7 November – Sebuah artikel penyelidikan hasil kolaborasi penyelidik dari Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia, telah diterbitkan dalam majalah Malaysian Research University Network (MRUN) edisi khas bertemakan Penyelidikan untuk Rakyat: Memperkasa Komuniti melalui Inovasi, yang dilancarkan sempena Festival Idea Putrajaya 2025 pada 7 November 2025.

Artikel bertajuk “Warga Emas dan Keterjaminan Makanan: Penanaman Nanas” ini ditulis oleh Dr. Puvaneswaran Kunasekaran dan Puan Nur Hidayah Tina Abdullah. Artikel tersebut mengetengahkan hasil kajian mengenai penglibatan warga emas dalam aktiviti penanaman nanas sebagai usaha memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Kajian ini mencerminkan peranan MyAgeing® dalam mendukung agenda nasional berkaitan kelestarian, komuniti aktif, dan pembangunan inklusif yang berteraskan sains penuaan dan kesejahteraan sosial.
 
 
 

 

Tarikh Input: 10/11/2025 | Kemaskini: 10/11/2025 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:43:38pm-07:48:38pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]