Ceramah Healthy Heart, Prosperous Life: Simple Nutrition Tips For Seniors | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) 127
» BERITA » Ceramah Healthy Heart, Prosperous Life: Simple Nutrition Tips for Seniors

Ceramah Healthy Heart, Prosperous Life: Simple Nutrition Tips for Seniors

 

SERDANG, 26 Februari - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan ceramah bertajuk “Healthy Heart, Prosperous Life: Simple Nutrition Tips for Seniors” bagi meningkatkan kesedaran warga emas tentang pemakanan sihat dan pencegahan penyakit jantung.

Ceramah disampaikan oleh Dr. Lim Sook Yee, Pascadoktoral MyAgeing® dalam bidang Pemakanan Komuniti. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia kini sedang menuju ke arah negara tua, justeru persediaan dari aspek kesihatan dan gaya hidup sihat amat penting bagi memastikan warga emas terus kekal sihat dan aktif.

Antara perkara utama yang dikongsikan termasuk perubahan fizikal yang berlaku seiring peningkatan usia, serta faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tidak terkawal. Peserta turut diberikan panduan praktikal seperti mengurangkan pengambilan garam, memilih sumber lemak yang lebih sihat, mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat, serta mengawal berat badan secara konsisten bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, Dr. Lim turut memperkenalkan beberapa pola pemakanan yang menyokong kesihatan jantung seperti Mediterranean diet, DASH diet dan diet berasaskan tumbuhan. Peserta turut didedahkan dengan amalan praktikal yang boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian, antaranya pengambilan ikan berlemak, bijirin penuh dan sayur-sayuran hijau, memastikan pengambilan air yang mencukupi, serta penggunaan rempah ratus sebagai alternatif bagi mengurangkan penggunaan garam dalam masakan.

Program ini mencerminkan komitmen MyAgeing® dalam memperkasa warga emas melalui penyampaian ilmu pemakanan yang tepat dan berasaskan bukti, sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas secara menyeluruh.

 

 

Tarikh Input: 03/03/2026 | Kemaskini: 18/06/2026 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (05:53:19am-05:58:19am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]