Gotong-royong EKSA Perkasa Keceriaan Dan Kelestarian Persekitaran MyAgeing® | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Gotong-royong EKSA Perkasa Keceriaan Dan Kelestarian Persekitaran MyAgeing®

Gotong-royong EKSA Perkasa Keceriaan Dan Kelestarian Persekitaran MyAgeing®

Serdang, 22 Mei – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Aktiviti Gotong-Royong MyAgeing®ï¸ bertempat di Taman Terapeutik dan sekitar kawasan MyAgeing®ï¸.
Program ini melibatkan penyertaan warga kerja MyAgeing®ï¸ bersama warga emas dalam usaha memperkukuh amalan kebersihan, keceriaan dan kelestarian persekitaran selaras dengan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
 
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan sekitar institut, mengutip dan melupuskan sampah dengan cara yang betul, memotong rumput, merumpai kawasan, memangkas pokok dan semak samun serta kerja-kerja penyelenggaraan landskap.
Selain itu, peserta turut menjalankan aktiviti penyusunan semula kawasan tanaman nanas, penggunaan semula bahan yang masih boleh dimanfaatkan serta kerja-kerja mencantikkan kawasan bagi memastikan persekitaran MyAgeing®ï¸ berada dalam keadaan lebih kemas, bersih dan teratur.
 
 
 
Penganjuran program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan dan imej persekitaran institut, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan peserta yang hadir.
 
 
 

 

Disediakan oleh:

Nurul Asyikin Mohd Taib
Penolong Pegawai Tadbir
Tel: +603 - 9769 2734
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: n_asyikin@upm.edu.my

Tarikh Input: 26/05/2026 | Kemaskini: 26/05/2026 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (05:45:25pm-05:50:25pm, 19 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]