KAJIAN RINTIS DIAGNOS AWAL PENYAKIT ALZHEIMER BAKAL DILAKSANA | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » KAJIAN RINTIS DIAGNOS AWAL PENYAKIT ALZHEIMER BAKAL DILAKSANA

KAJIAN RINTIS DIAGNOS AWAL PENYAKIT ALZHEIMER BAKAL DILAKSANA

SERDANG, 4 Januari – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah dipelawa oleh SPD Scientific (M) Sdn Bhd untuk menjalankan kajian rintis berkaitan penilaian ketepatan dalam diagnosis awal penyakit Alzheimer.

Penyelidik dari bidang penuaan dan bidang Alzheimer turut bersama hadir semasa perbincangan awal ini dilaksanakan semalam di MyAgeing™. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad. Turut sama pakar bidang penuaan Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, bidang alzheimer Dr. Hakimah Mohammad Sallehuddin.

Secara umumnya penyakit Alzheimer ialah satu penyakit yang progresif menyebabkan seorang individu lupa ingatan dan fungsi mental yang semakin merosot. Penyakit Alzheimer ini juga boleh menyumbang kepada peningkatan punca-punca seseorang individu itu menghidapi dimensia.

Sementara itu, SPD Scientific (M) Sdn Bhd merupakan salah sebuah organisasi terkenal dalam menyediakan alat dan perkhidmatan diagnostik. Telah ditubuhkan sejak tahun 1984 dan diserap ke dalam Biomedia Holdings pada tahun 2005, SPD Scientific (M) Sdn Bhd menawarkan pelbagai rangkaian komprehensif peralatan ujian saintifik dan bahan guna guna yang terdiri daripada lebih 200 jenis produk yang berbeza kepada makmal mikrobiologi.

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 13/03/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXERBA5~