SERDANG, 14 Jan - "Sihat dan aktif di usia emas", itulah ungkapan paling digemari apabila menginjak ke usia separuh abad. Sinonim dengan aktiviti warga emas, unit pengurusan makmal Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah menganjurkan Kelas Memasak Kuih Makmur Sabah dan Menghias Kek Cawan Kupu-kupu kepada 12 orang warga emas pada 14 Januari 2025 (Selasa) bertempat di Makmal Penyediaan Makanan MyAgeing®.
![]() |
![]() |
![]() |
Mereka yang menyertai kelas ini datang dari pelbagai tempat dan persatuan. Ilmu yang dipelajari adalah cara pembuatan Kuih Makmur Sabah dan cara menghias kek cawan menjadi bentuk kupu-kupu. Mereka yang menyertai kelas ini memanfaatkan masa dan peluang yang ada untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Kelas diadakan selama tiga jam ini memperlihatkan kegembiraan apabila berjaya menghasilkan kuih yang sedap.
![]() |
![]() |
![]() |
Pengajaran kelas masak ini telah dikendalikan oleh Puan Tina Nur Hidayah Abdullah dan Puan Norisma Aiza Ismail yang juga merupakan staf MyAgeing®. Hasrat dan harapan MyAgeing® adalah untuk menjalinkan kerjasama yang baik dan memberikan perkhidmatan kepada komuniti warga emas setempat.

Tarikh Input: 16/01/2025 | Kemaskini: 16/01/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA