|
Labuan, 15 Mei 2026 – Majlis Perasmian Bengkel Asas Penjagaan Warga Emas di Rumah anjuran Persatuan Wanita Labuan (HAWA) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah berlangsung dengan jayanya di Labuan.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, dan turut dihadiri oleh Prof. Madya Ts Dr. Mohd Nazim Mokhtar, Timbalan Pengarah MyAgeing® serta Hajah Fauziah Datuk Hj. Mohd Din, Pengerusi Persatuan Wanita Labuan (HAWA).
Dalam ucapan aluannya, Hajah Fauziah menekankan kepentingan peranan komuniti dalam menyokong penjagaan warga emas di rumah. Sementara itu, Prof. Madya Ts Dr. Mohd Nazim Mokhtar turut berkongsi kepentingan ilmu penjagaan yang betul dalam menghadapi cabaran masyarakat menua.
Kemuncak majlis menyaksikan perasmian bengkel yang disempurnakan oleh Tuan Simsudin bin Sidek, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan memperkukuh sokongan terhadap penjaga warga emas di peringkat keluarga dan komuniti bagi memastikan kesejahteraan golongan tersebut terus terjamin.
Acara diteruskan dengan simbolik perasmian, penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat serta sesi bergambar bersama peserta. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan sebelum para peserta meneruskan sesi bengkel.
Majlis ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkasa masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran penjagaan warga emas bagi memastikan kesejahteraan warga emas terus terpelihara.
|