Kunjungan Hormat Dari Dr. Sathiyahrajah Arasu Pemegang Taruh ‘Care Economy’ Dari United Kingdom Ke MyAgeing™, UPM | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Kunjungan Hormat dari Dr. Sathiyahrajah Arasu Pemegang taruh ‘Care Economy’ dari United Kingdom ke MyAgeing™, UPM

Kunjungan Hormat dari Dr. Sathiyahrajah Arasu Pemegang taruh ‘Care Economy’ dari United Kingdom ke MyAgeing™, UPM

SERDANG, 17 Julai - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Dr. Rajah Arasu, United Kingdom (UK). Beliau merupakan Pemegang taruh ‘Care Economy’ dari UK. Semasa kunjungan hormat ini dibuat, turut diadakan perbincangan bagi melihat potensi usahasama yang boleh dilaksanakan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Madya Dr. Rahimah Ibrahim, Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™ ), Puan Siti Rahayu, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, serta barisan ahli pengurusan MyAgeing .

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat fasiliti MyAgeing™ bagi mengembangkan potensi perniagaan ‘Care Economy’. Dr. Rajah Arasu berkongsi pengalaman perniagaan ‘care homes’ di UK dan Switzerland dengan menggunapakai revenue model ‘Top-up Sharing’. Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, Pengarah MyAgeing™ turut membentangkan model perniagaan Pusat Jagaan Warga Emas di Malaysia.

Dr. Rajah Arasu telah dibawa melawat ke sekitar MyAgeing™  untuk melihat fasiliti berkaitan penuaan di institut. Beliau juga disajikan dengan makanan berkhasiat yang telah disediakan sendiri oleh warga emas University of the Third Age Malaysia (U3A) Malaysia di Makmal Penyediaan Makanan MyAgeing™.

Sebelum ini, beliau dan isteri telah mengadakan perjumpaan bersama Naib Canselor UPM, Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah pada 15 Julai 2024 bagi membincangkan berkaitan kerjasama dalam Penyelidikan Penuaan. Beliau juga berhasrat untuk melaksanakan penyelidikan berkaitan penuaan di Malaysia lanjutan Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030.

 

 

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (03:26:12am-03:31:12am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]