Serdang, 3 Oktober - Kursus Adult Development and Ageing (ADA) Persatuan U3A Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) melabuhkan tirainya hari ini selepas enam sesi penganjuran secara atas talian yang penuh interaktif dan bermanfaat.
Sepanjang penganjuran yang bermula pada bulan Ogos yang lalu, para peserta telah mengikuti pelbagai topik berkaitan penuaan merangkumi aspek psikososial, kesihatan mental, pemakanan, peranan komuniti serta penggunaan teknologi dalam kehidupan warga emas. Program ini memberi impak besar dalam meningkatkan pengetahuan peserta tentang proses penuaan serta memperkukuh peranan aktif mereka dalam komuniti.
Sesi terakhir hari ini bertajuk “Overcoming Technophobia: Simple Steps to Get Started” telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nazim Bin Mohtar, Timbalan Pengarah MyAgeing®. Sesi tersebut memberi pendedahan langkah demi langkah kepada peserta tentang cara mengatasi ketakutan terhadap teknologi serta menggunakannya sebagai alat untuk memudahkan kehidupan harian. Peserta memberikan maklum balas positif dan teruja mencuba pendekatan baharu yang diperkenalkan dalam kelas ini.
Kursus ADA 2025 bukan sahaja memperkasakan warga emas dengan ilmu dan kemahiran baharu, tetapi turut menyemai semangat pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi teras kepada inisiatif U3A.
Sebagai kesinambungan usaha ini, MyAgeing® menjemput semua peserta dan orang ramai untuk hadir ke Pameran “Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita” yang sedang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini. Pameran ini turut memaparkan maklumat lanjut mengenai program U3A serta peluang pembelajaran yang akan datang.
Tarikh Input: 07/10/2025 | Kemaskini: 29/10/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA