Latihan Industri Di MyAgeing®️: Pengalaman Dan Sumbangan Pelajar | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) myageing
» BERITA » Latihan Industri di MyAgeing®️: Pengalaman dan Sumbangan Pelajar

Latihan Industri di MyAgeing®️: Pengalaman dan Sumbangan Pelajar

Serdang, 23 Januari 2026 – MyAgeing®ï¸ telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan pelajar latihan industri, Sofiah Atiqah binti Azammi Chin, pelajar Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Ekonomi Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sabah, yang telah berjaya menamatkan latihan industri di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia. Tempoh latihan industri tersebut berlangsung dari 6 Oktober 2025 hingga 25 Januari 2026.
Sepanjang tempoh latihan, beliau terlibat secara aktif dalam pelbagai tugasan dan program institut yang menyumbang kepada pembangunan pengetahuan serta kemahiran profesional, khususnya dalam bidang Sumber Manusia dan Gerontologi Sosial, selari dengan fungsi dan peranan MyAgeing®ï¸ sebagai pusat penyelidikan penuaan negara.
 
 
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin sebagai pengisian rohani serta doa memohon kemudahan dan kelancaran urusan dalam pelaksanaan tugasan warga MyAgeing®ï¸. Program seterusnya diteruskan dengan amanat daripada Pengarah MyAgeing®ï¸ yang menyentuh mengenai hala tuju institut, kepentingan kerjasama berpasukan serta komitmen berterusan warga MyAgeing®ï¸ dalam menyokong agenda penuaan negara dan pembangunan organisasi.
Turut diadakan ialah sesi pembentangan projek oleh pelajar latihan industri yang berkongsi dapatan, pengalaman serta pembelajaran sepanjang menjalani latihan di MyAgeing®ï¸. Sesi ini memberi pendedahan kepada warga institut mengenai sumbangan dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh latihan.
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar kenang-kenangan bersama warga MyAgeing®ï¸.
 
 
 

Tarikh Input: 03/02/2026 | Kemaskini: 03/02/2026 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:59:22am-08:04:22am, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]