Lawatan Akademik Dan Peluang Kerjasama Antara Kursus ARC 4610 FRSB Bersama MyAgeing | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Lawatan Akademik dan Peluang Kerjasama antara Kursus ARC 4610 FRSB bersama MyAgeing

Lawatan Akademik dan Peluang Kerjasama antara Kursus ARC 4610 FRSB bersama MyAgeing

 
 
SERDANG, 17 Mei- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia telah menerima lawatan akademik seramai 33 orang pelajar dari pelajar Kursus ARC 4610, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina (FRSB). Pensyarah pengiring yang turut serta adalah Dr. Sarah Salih. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah dan staf MyAgeing.
 
Sehubungan itu, lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang Penuaan.
 
Para pelajar juga telah diberi penerangan oleh Dr. Intan Sabrina Mohamed. Pelajar juga turut diberi merasai pengalaman memakai ageing suit dan kerusi roda. Tujuan pemakaian ageing suit adalah untuk merasai pengalaman yang dialami oleh warga emas seperti kekangan penglihatan, dan pergerakan.
 
Diharapkan lawatan ini telah memberi nilai tambah kepada para pelajar berkaitan bidang Penuaan khususnya di Malaysia.

Tarikh Input: 12/06/2024 | Kemaskini: 12/06/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:17:44pm-07:22:44pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]