
SERDANG, 8 Ogos - Sempena program mobiliti Fakulti Kejuruteraan dan Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai 12 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dari Chengde Medical University, Hebei, China telah dibawa melawat ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™ï¸). Delegasi ini yang terdiri daripada pelajar pra siswazah dan pasca siswazah. Lawatan ini telah diiring oleh Ir. Ts. Dr. Hafiz Rashidi b Ramli, dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Delegasi ini telah disambut oleh Dr. Puvaneswaran Kunasekaran, Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Prof. Dr. Chan Yoke Mun, Ketua Program Gerontologi Perubatan serta Dr. Lim Sook Yee, Felo Pasca Doktoral.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada kemudahan dan teknologi yang terdapat di MyAgeing™ï¸ terutama dalam bidang geronteknologi dan kejuruteraan bioperubatan. Lawatan ini juga telah membuka ruang dan peluang kerjasama kolaborasi UPM-CDMU dalam bidang penuaan.

Sementara itu, Chengde Medical University yang sebelum ini dikenali sebagai Chengde Medical College, ditubuhkan pada tahun 1945 dan telah dinaik taraf kepada Chengde Medical University pada tahun 1982.
Tarikh Input: 09/08/2024 | Kemaskini: 09/08/2024 | lizamdnor

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA