Lawatan Kunjungan Hormat Dan Sesi Perbincangan Bagi Membincangkan Berkenaan Kursus–Kursus Jangka Pendek Serta Peluang Kerjasama Dari Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Lawatan Kunjungan Hormat dan Sesi Perbincangan bagi Membincangkan Berkenaan Kursus–Kursus Jangka Pendek serta Peluang Kerjasama dari Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)

Lawatan Kunjungan Hormat dan Sesi Perbincangan bagi Membincangkan Berkenaan Kursus–Kursus Jangka Pendek serta Peluang Kerjasama dari Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)


SERDANG, 7 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan hormat seramai tiga (3) orang pegawai dari Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang diketuai oleh Encik Mohd Ramali bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif STDC. Kunjungan hormat ini telah disambut baik oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Roslan bin Rosnon, Timbalan Pengarah MyAgeing™, barisan Ahli Pengurusan MyAgeing™ serta staf Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE).

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat fasiliti MyAgeing™ bagi mengembangkan potensi perniagaan berpandukan modul penjagaan warga emas. Encik Mohd Ramali turut berkongsi maklumat berkaitan peluang pekerjaan yang dapat dijana berdasarkan modul penjagaan warga emas yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat pada masa kini. Turut diadakan sesi perbincangan mengenai kursus jangka pendek serta melihat peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara MyAgeing™ dan STDC sebagai nilai tambah kepada pelajar, pesara dan penjaga warga emas. Pihak STDC juga telah dibawa melawat ke sekitar MyAgeing™ bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti yang telah disediakan berkaitan penuaan serta merasai sendiri pengalaman setiap alatan yang terdapat di MyAgeing™.

Sementara itu, Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (Selangor Technical Skills Development Centre) atau lebih dikenali sebagai STDC adalah sebuah institusi pendidikan TVET bertauliah di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang merupakan milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). STDC memberi tumpuan penuh kepada pembangunan pendidikan aliran TVET sebagai teras pendidikan di mana STDC memberi tumpuan kepada keperluan industri dengan menawarkan Sijil Kemahiran dalam pelbagai bidang yang diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Tarikh Input: 08/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:24:59am-04:29:59am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]