Lawatan Naib Canselor UPM Ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan Naib Canselor UPM ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM)

Lawatan Naib Canselor UPM ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM)

 

23 Februari, SERDANG-Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta lawatan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) pada 23 Februari 2022. Prof. Dr. Mohd Roslan dan Pengurusan Universiti berkesempatan menyaksikan pameran hasil penyelidikan program Geronteknologi.
 
Pameran ini mempamerkan hasil kajian beberapa kumpulan penyelidikan Geronteknologi yang terdiri daripada Teknologi Membantu (Assistive Devices) termasuk peralatan FIBOD Smart Balance, Exoskeleton dan Robot Platform. Kumpulan penyelidikan Sistem Fizikal-Siber/Internet Pelbagai Benda (IoT) memaparkan video ECG manakala kumpulan Sains Data dan Kecerdikan Buatan/Pembelajaran Mesin memfokuskan kepada aplikasi Self Assesment App of Cognitive Ability Decline (SAACAD). Kumpulan Rekabentuk Universal telah mempamerkan prototaip yang telah dibangunkan iaitu Smart Walker dan Smart Toilet Seat di samping menerangkan fungsi Sut Penuaan.
 
Ahli kumpulan penyelidik Geronteknologi ini terdiri daripada gabungan penyelidik beberapa fakulti termasuk Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
 
Pameran Geronteknologi ini membuktikan tentang kepentingan teknologi dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dapat membantu dalam kehidupan seharian warga emas bagi meningkatkan kualiti kehidupan warga emas hari ini dan akan datang.

Tarikh Input: 23/02/2022 | Kemaskini: 23/02/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYRAL~