Lawatan Pelajar Mobiliti Dari Fakultas Kesihatan Masyarakat, Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) Ke MyAgeingTM | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan pelajar mobiliti dari Fakultas Kesihatan Masyarakat, Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) ke MyAgeingTM

Lawatan pelajar mobiliti dari Fakultas Kesihatan Masyarakat, Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) ke MyAgeingTM

 
SERDANG, 2 Februari -Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia akan menerima Lawatan mobiliti pelajar dari Fakultas Kesihatan Masyarakat, Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) seramai 7 orang pelajar diiringi oleh pegawai akademik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Fatimah. Lawatan ini disambut oleh Pengarah MyAgeingTM , Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad.

 
elajar yang turut serta dalam lawatan ini adalah terdiri daripada pelajar tahun tiga dan tahun empat. Pelajar ini sedang mengikuti Program Musim Panas (Community Health Summer Programme) yang diterajui oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Tujuan Latihan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama MOU sedia ada antara UPM-UMKT dalam bidang pendidikan dan penyelidikan pensyarah dan pelajar dalam bidang Kesihatan Awam.



Sementara itu, Universitas Muhammadiyah Kalimantan Timur (UMKT) merupakan Universiti Swasta nombor satu dari 172 Kampus pengurusan Tinggi yang di miliki oleh Pensyarikatan Muhammadiyah. Kampus ini terletak di Samarinda, Kaliman Timur Indonesia.

Tarikh Input: 03/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXETLAS~