Lawatan Penanda Aras Dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢). | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan penanda aras dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢).

Lawatan penanda aras dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢).

 

SERDANG 23 Februari- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan penanda aras dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

 Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah MyAgeing™ YBhg, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad.

“ Menurut Ketua Jabatan Sumber Manusia PPUM, En Khairul Anuar Yahya objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan prosedur bagi pewujudan pusat transit bagi ibu bapa staf dan maklumat berkenaan operasi berkaitan warga emas di MyAgeing™”.

“ Konsep yang dilihat dari MyAgeing™ dengan ruang yang terhad di PPUM telah membuka idea dari pihak PPUM tentang konsep-konsep yang boleh digunakan dan disesuaikan dengan PPUM”.

“Pengarah MyAgeing™ berkata, diharapkan lawatan penanda aras ini membuka ruang dan peluang pihak PPUM untuk merealisasikan hasrat berkatan pusat jagaan harian warga emas masa akan datang”.

Turut hadir semasa  sesi pembentangan lawatan penolong pendaftar Puan Farah Deena Zainol, Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas, Dr. Rajna Anthony, Pegawai Sains Puan Suhailah Abdullah dan Cik Siti Aisyah Nor Akahbar.

Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdOAu~