Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru Ke MyAgeingâ„¢, UPM | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru ke MyAgeingâ„¢, UPM

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru ke MyAgeingâ„¢, UPM

SERDANG, 25 Julai- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru. Seramai 24 orang pelajar dan 3 orang guru turut serta dalam lawatan ini.
 
 
Lawatan ini disambut baik oleh Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan barisan ahli pengurusan MyAgeing™. Guru-guru dan para pelajar sekolah diberi penerangan berkaitan hala tuju program gerontogi, bidang-bidang kajian dan perkhidmatan yang disediakan di MyAgeing™ oleh Encik Chai Sen Tyng, Pegawai Penyelidik. Turut dijemput untuk sesi perkongsian berkaitan industri penjagaan warga emas di Malaysia oleh Puan Michelle Yee, wakil AgeCOPE dan pengendali pusat jagaan warga emas Wan Hing.
 
 
Semasa lawatan ini, guru dan pelajar dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri dan mencuba pelbagai peralatan bantuan penyelidikan dan hasil penyelidikan di MyAgeing™.
 
 
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim merupakan salah seorang penulis Buku Teks Gerontologi Asas dan Geriatrik Tingkatan 4 dan 5 yang pertama tahun 2005 dan terbaru tahun 2020 dalam pembangunan Modul kurikulum Standard Sekolah Menengah. Buku Teks Gerontologi Asas dan Geriatrik Tingkatan 4 dan 5 merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif dalam kelompok Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
 
 
Untuk rekod, terdapat tiga buah sekolah di Malaysia yang menawarkan mata pelajaran Gerontologi Asas dan Geriatrik iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) Shah Alam, Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 02/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (06:59:54pm-07:04:54pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]