Lawatan Singkat Oleh Pengasas Dan Penasihat AKRAB Resources / Yayasan Health On World (YHOW) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan singkat oleh Pengasas dan Penasihat AKRAB Resources / Yayasan Health on World (YHOW)

Lawatan singkat oleh Pengasas dan Penasihat AKRAB Resources / Yayasan Health on World (YHOW)

SERDANG, 9 Disember - Pengasas dan Penasihat AKRAB Resources / Yayasan Health on World (YHOW) iaitu Dato’ ‘Aliyah Karen mengadakan lawatan singkat ke Pusat Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares). Beliau turut diiringi oleh Dr. Sudesh a/l Prabhakaran dari Sekolah Perniagaan Ekonomi.

Beliau memaklumkan pihak Bursar telah memperkenalkan pusat jagaan ini dan berasa teruja untuk datang dan melihat sendiri fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di MyAgeingCares. Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad meluangkan masa untuk memberikan penerangan secara ringkas berkenaan MyAgeingCares.

Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kolaborasi strategik antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

Tarikh Input: 09/12/2022 | Kemaskini: 09/12/2022 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEZBAa~