Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara UPM Dan KPWK, Sarawak | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dan KPWK, Sarawak

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dan KPWK, Sarawak


 


Serdang, 15 Mac
-Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (My Ageing™ï¸) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak sebagai jalinan kerjasama erat dua hala di antara dua organisasi ke arah penyelidikan, pengembangan, pengkomersilan dan inovasi (RDCI) berkaitan penuaan dan warga emas.

Turut hadir, Menteri KPWK, Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri KPWK, Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam dan Pengarah My Ageing™ï¸, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad.

MyAgeing™ï¸ sebelum itu pernah menjalinkan usahasama dengan KPWKM terutama dalam aspek penuaan penduduk seperti penyelidikan, penggubalan dasar, perancangan program dan input kepakaran.

Kerjasama itu adalah sejajar Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk mewujudkan Hab Penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari serta Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.

Tarikh Input: 19/03/2022 | Kemaskini: 19/03/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUBAa~