Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri: Fakhrur Radzie Bin Zulkifli Di MyAgeing® | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) myageing
» BERITA » Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri: Fakhrur Radzie bin Zulkifli di MyAgeing®

Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri: Fakhrur Radzie bin Zulkifli di MyAgeing®

 

Serdang, 29 Ogos 2025 – MyAgeing®ï¸telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan pelajar latihan industri, Saudara Fakhrur Radzie bin Zulkifli, yang telah menamatkan latihan industri beliau di institut ini.
 
Beliau merupakan pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Sosial dari Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, yang menjalani latihan industri bermula pada 17 Mac 2025 sehingga 29 Ogos 2025.
 
Majlis dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh Saudara Fakhrur Radzie yang berkongsi dapatan, pengalaman serta pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang tempoh latihan industrinya di MyAgeing®ï¸.
 
Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil tamat latihan industri dan cenderahati kepada pelajar oleh Pengarah MyAgeing®ï¸, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim.
 
Sebagai memeriahkan lagi majlis, turut diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna dalam kalangan anak-anak staf MyAgeing®ï¸ serta penyampaian hadiah Pertandingan Pakaian Terbaik dalam kalangan staf sempena Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang pada 13 Ogos 2025 yang lalu.
 
Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, yang menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Saudara Fakhrur Radzie atas usaha serta pencapaiannya sepanjang tempoh latihan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua staf MyAgeing® atas kerjasama dan penyertaan aktif dalam pelbagai aktiviti, di samping mendoakan kecemerlangan berterusan bagi pelajar serta buat warga kerja MyAgeing®.

 

 

 

 

 

 

     

 

 

 

 

Tarikh Input: 02/09/2025 | Kemaskini: 02/09/2025 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (10:07:12pm-10:12:12pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]