
SETAPAK, 2 Nov – Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) telah mengadakan Majlis Graduasi Pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) bagi Sesi 2023/2024. Majlis yang berlangsung selama setengah hari ini turut diisi dengan Sesi Perkongsian bertajuk “From Certification to Success: Unlocking Career Growth with the CFP Mark" yang disampaikan oleh En. Lee Khee Chuan. Sesi ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan panduan kepada graduan mengenai potensi kerjaya yang boleh dicapai dengan memperoleh tanda CFP, yang merupakan pengiktirafan profesional dalam bidang perancangan kewangan.
Dua orang graduan yang berdaftar di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia iaitu Muhamad Arif bin Hariffin dan Dr. Ling Pick Soon telah hadir ke majlis tersebut, yang mana kedua-duanya telah lulus dalam peperiksaan CFP bagi Sesi Jun 2024. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Mohamad Fazdillah Bagat, Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE) bagi meraikan pencapaian kedua-dua peserta berkenaan.
Sementara itu, MyAgeing®ï¸ telah mula menawarkan Program Pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) sejak Oktober 2021, dengan pengambilan pertama seramai 23 orang peserta. Program CFP ini ditawarkan dua (2) kali setahun dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai Perancang Kewangan Bertauliah yang dapat memberikan pendidikan kewangan kepada orang awam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://myfile.upm.edu.my/.
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 05/11/2024 | ainulmardiyyah

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA