MyAgeing™ Menang Tempat Ke-9 Dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » MyAgeing™ Menang Tempat ke-9 dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang

MyAgeing™ Menang Tempat ke-9 dalam pertandingan Kibar Jalur Gemilang

 
SERDANG, 22 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™ï¸) telah memenangi tempat ke - 9 dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena program Semarak Merdeka 2024. Pertandingan ini telah diadakan pada 13-16 Ogos 2024.
 
Pertandingan ini telah disertai oleh 38 buah Pusat Tanggungjawab, Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
 
Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon meluahkan rasa syukur atas pencapaian dan penglibatan MyAgeing™ï¸ dalam pertandingan ini semasa Majlis Penyampaian Hadiah Program Semarak Merdeka 2024 yang berlangsung petang tadi.
 
"Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli pengurusan dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang ini" ujarnya.
 
 
Sementara itu, tahun ini MyAgeing™ï¸ buat julung kalinya telah menghantar dua (2) penyertaan sempena Program Semarak Merdeka 2024 iaitu Pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Pertandingan Koir Inter-PTJ.

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:05:39am-04:10:39am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]