12 April, Johor Bahru – Delegasi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke Econ Medicare Centre & Nursing Home di Taman Perling, Johor Bahru. Lawatan ini disertai oleh lapan orang wakil MyAgeing®ï¸ yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penyelidik, En. Ajun Chin.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam mengenai amalan pengurusan dan penjagaan warga emas di pusat jagaan profesional, di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, latihan dan pemindahan ilmu berkaitan penuaan. Delegasi MyAgeing®ï¸ turut diberikan taklimat mengenai operasi pusat serta pendekatan penjagaan yang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan penghuni warga emas.
Selain itu, delegasi berpeluang meninjau fasiliti pusat jagaan serta berinteraksi dengan pihak pengurusan bagi bertukar pandangan mengenai cabaran dan perkembangan semasa dalam sektor penjagaan warga emas. Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara MyAgeing®ï¸ dan penyedia perkhidmatan penjagaan warga emas dalam usaha memperkukuh ekosistem sokongan kepada masyarakat menua di Malaysia.
Tarikh Input: 14/04/2026 |
Kemaskini: 14/04/2026 | n_asyikin
PERKONGSIAN MEDIA