|
Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah menganjurkan Bengkel Perancangan dan Penulisan MyAgeing® 2026 sebagai usaha menyelaras perancangan dan hala tuju institut bagi tahun hadapan. Bengkel ini menjadi platform penting untuk memperkukuh perancangan penyelidikan, latihan dan program institut selaras dengan keperluan semasa dan peranan MyAgeing® sebagai institut penyelidikan penuaan negara.
Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim berkata bengkel ini bertujuan memastikan setiap perancangan yang dirangka adalah lebih tersusun, realistik dan berfokus kepada impak. Menurut beliau, perancangan yang baik amat penting bagi membolehkan kepakaran dan dapatan penyelidikan MyAgeing® dapat diterjemahkan kepada program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya warga emas.
Sepanjang bengkel, semua warga MyAgeing® terlibat dalam perbincangan dan sesi penilaian pencapaian semasa serta perancangan masa hadapan yang melibatkan semua bahagian MyAgeing®. Pendekatan secara perbincangan dan kerja berkumpulan membolehkan idea dikongsi secara terbuka bagi menghasilkan pelan tindakan yang lebih menyeluruh.
Penganjuran Bengkel Perancangan dan Penulisan MyAgeing® 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan institut dalam memperkukuh budaya kerja berasaskan perancangan strategik dan penambahbaikan berterusan. Usaha ini diharap dapat menyokong pelaksanaan penyelidikan dan program MyAgeing® dengan lebih berkesan serta memperkukuh peranan institut dalam bidang penuaan. |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 24/12/2025 | Kemaskini: 24/12/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA