MyAgeing Mendekati Komuniti Warga Emas Muadzam Shah, Pahang | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MyAgeing Mendekati Komuniti Warga Emas Muadzam Shah, Pahang

MyAgeing Mendekati Komuniti Warga Emas Muadzam Shah, Pahang

Serdang, 23 Julai - Program bersama komuniti ini yang telah berlangsung pada 21 Julai 2018 di Kompleks Gerontologi Nurhidayah, Muadzam Shah, Pahang adalah bertujuan memberi penerangan mengenai gerontologi dan penuaan kepada warga emas setempat. Penerangan tersebut juga merangkumi persediaan menghadapi hari tua dan kesejahteraan di usia emas.

Kompleks Gerontologi Nurhidayah merupakan sebuah kompleks seluas 5 ekar yang akan menjadi pusat warga emas di kawasan ini. Ianya merupakan satu projek Gerontologi yang akan menempatkan PAWE, pusat jagaan harian dan juga menyediakan program latihan dan kemahiran kepada warga emas tempatan.

 

MyAgeing selaku peneraju dalam bidang penuaan telah bekerjasama sejak tahun 2017 bersama Yayasan Hawa dalam menjayakan program di Kompleks ini.

Tarikh Input: 25/07/2018 | Kemaskini: 30/08/2018 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUKAt~