MyAgeingâ„¢ Sebagai Tuan Rumah Bagi Program Penutupan Global Money Week (GMW2023) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MyAgeingâ„¢ Sebagai Tuan Rumah Bagi Program Penutupan Global Money Week (GMW2023)

MyAgeingâ„¢ Sebagai Tuan Rumah Bagi Program Penutupan Global Money Week (GMW2023)

 

SERDANG, 27 Mac – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Program Penutupan Global Money Week 2023 (GMW2023) peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). GMW2023 telah berlangsung selama seminggu bermula 20 Mac hingga 26 Mac 2023 secara serentak di seluruh dunia. MyAgeing™ turut berkerjasama dengan Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM dalam pengisian program sepanjang minggu ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya forum, lawatan intergenerasi ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Pertandingan ‘Know Thyself’, serta pameran dari pelbagai agensi iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Financial Education Network (FEN), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad berkata, GMW2023 merupakan sebuah kempen peningkatan kesedaran secara global anjuran Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) yang diadakan setiap tahun dengan slogan ‘Learn. Save. Earn’. Tujuan GMW2023 untuk mendidik, terutamanya golongan muda dalam membuat keputusan  kewangan yang berhemat dengan tema khas tahun ini iaitu ‘Plan Your Money, Plant Your Future’.

MyAgeing™ mempunyai sebuah Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE) yang berfungsi sebagai platform untuk penyelidikan translasional mengenai pendidikan kewangan. MyFiLE menawarkan perkhidmatan seperti Program Pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Pemeriksaan Kesihatan Kewangan Peribadi, Bimbingan Kewangan serta melaksanakan Webinar ‘Jom Belajar’ serta kursus-kursus berkaitan kewangan.

Tarikh Input: 28/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEZUAz~