National Conference On Ageing 2022 (NCA2022) Platform Wacana Penyelidik Bagi Menganalisis Situasi Warga Emas Dan Penuaan Di Malaysia | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » National Conference on Ageing 2022 (NCA2022) platform wacana penyelidik bagi menganalisis situasi warga emas dan penuaan di Malaysia

National Conference on Ageing 2022 (NCA2022) platform wacana penyelidik bagi menganalisis situasi warga emas dan penuaan di Malaysia




PUTRAJAYA
17 Oktober – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia (UPM), menganjurkan National Conference on Ageing 2022 (NCA2022) sebagai platform wacana penyelidik bagi menganalisis situasi warga emas dan penuaan di Malaysia.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata isu penuaan adalah penting serta memerlukan usaha bersepadu yang perlu diselaraskan dari pelbagai peringkat, sektor dan organisasi.
“Pada masa kini, penuaan penduduk merentasi pelbagai sektor dan ianya berlaku kerana merupakan trend global terkini yang disebabkan jangka hayat yang meningkat serta penurunan kadar kesuburan,” katanya.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata penganjuran NCA2022 adalah sejajar dengan matlamat utama pelan strategik UPM iaitu Mewujudkan Hab Penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari.

“Sebagai universiti penyelidikan UPM mengutamakan penyelidikan dan inovasi dan ini dapat direalisasikan melalui pembangunan penyelidikan institut di UPM termasuk MyAgeingTM,” katanya.
YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata, melalui konferens ini peserta akan mendapat input terkini dalam isu berkaitan penuaan untuk meningkatkan kesejahteraan warga tua di Malaysia.

Pengarah MyAgeing™, UPM, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad berkata konferens yang bertemakan “Pembangunan Mampan dalam Masyarakat Menua” bertujuan untuk menyokong serta memupuk kerjasama dalam kalangan penyelidik bidang warga tua dan penuaan bagi merapatkan jurang dasar, penyelidikan serta amalan.

“Sebagai sebuah institut penyelidikan kebangsaan, MyAgeingTM UPM komited dalam menjalankan kajian berkaitan penuaan dan warga emas melalui pelbagai disiplin danpendekatan antara disiplin,” katanya.
Sementara itu, MyAgeing™ UPM dahulunya dikenali sebagai Institut Gerontologi (IG) telah ditubuhkan pada 1 April 2002 dan kemudiannya dinaik taraf kepada institut kebangsaanpada 2015. Penubuhan Institut ini adalah sebagai satu entiti yang menjalankan penyelidikan berkaitan warga tua dan penuaan Malaysia melalui pendekatan multidisiplin dalam bidang gerontologi - UPM

Tarikh Input: 18/10/2022 | Kemaskini: 18/10/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEXWAg~