Serdang, 6 Mei – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah mengadakan sesi Pembentangan Dapatan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Perpustakaan UPM, yang digabungkan dengan Taklimat Kesegaran EKSA, bertempat di Bilik Multimedia, MyAgeing®. Seramai 22 orang staf telah hadir bagi mengikuti program yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Penyelaras EKSA MyAgeing® yang berkongsi dapatan amalan terbaik hasil lawatan ke Perpustakaan UPM, termasuk sistem dokumentasi secara maya, pengurusan zon yang kemas, inovasi pemantauan penyelenggaraan menggunakan kod QR serta penyediaan sudut maklumat bertema. Cadangan penambahbaikan turut diketengahkan agar dapat disesuaikan dengan keperluan dan identiti MyAgeing®.
Program diteruskan dengan Taklimat Kesegaran EKSA oleh Fasilitator EKSA MyAgeing®, En. Sahrizan, yang memperincikan semula visi, misi, objektif, prinsip 5S serta kriteria utama dalam pelaksanaan EKSA. Taklimat ini bertujuan untuk menyegarkan kembali pemahaman dan semangat pelaksanaan EKSA dalam kalangan warga kerja.
Pengarah MyAgeing® turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan EKSA yang lebih menyeluruh dan berharap agar persekitaran kerja dapat ditambah baik dengan elemen yang lebih mesra warga emas, selaras dengan peranan MyAgeing® sebagai institut penuaan negara.
Tarikh Input: 07/05/2025 | Kemaskini: 07/05/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA