KUALA LUMPUR, 24 JULAI - Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia telah selesai menyempurnakan pembentangan bertajuk "Penuaan Penduduk di Malaysia" petang hari ini kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan di Parlimen Malaysia.
Selain daripada perkongsian statistik kependudukan dan isu serta cabaran penuaan penduduk, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim turut mengemukakan cadangan dan fokus halatuju dalam persediaan negara menghadapi transisi demografi ini. Pihak institut merancang untuk menghimpunkan pemegangtaruh berkepentingan pelbagai disiplin untuk persidangan meja bulat dengan ahli-ahli Parlimen melalui kerjasama dan sokongan UNFPA Malaysia. Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh YB Tuan Suhaizan Kaiat, Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.
Tarikh Input: 30/08/2024 |
Kemaskini: 04/09/2024 | lizamdnor
PERKONGSIAN MEDIA