SERDANG, 11 Jun 2024-Program ini telah dijalankan pada 14.05.2024 (Sesi 1) dan 11.06.2024 (Sesi2) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) UPM. Bagi kedua-dua sesi, jumlah penyertaan adalah seramai 27 orang dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE Putrajaya).
Seminar ini telah dikendalikan secara teori dan praktikal oleh pegawai dan staf pelaksana MyAgeing™. Peserta yang hadir telah melakukan penilaian sebelum aktiviti seperti pemeriksaan tekanan darah, kefungsiaan kognitif dan tahap keseimbangan badan. Daripada penilaian yeng telah dijalankan, warga emas dapat mengetahui tahap kesihatan semasa meraka supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut jika perlu. Seminar ini diteruskan dengan perkongsian secara teori bagi memperkenalkan teknologi VR permainan video. Aktiviti secara praktikal turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta dalam mengendalikan dan merasai sendiri penggunaan VR dengan bantuan pegawai.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima dapat disimpulkan bahawa sebahagian warga emas dapat menerima penggunaan VR ini dalam meningkatkan tahap kefungsian kognitif mereka.


Disediakan oleh:
Ajun Chin
Penolong Pegawai Penyelidik
Tel: +603 - 9769 2739
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: ajun@upm.edu.my
Tarikh Input: 21/06/2024 | Kemaskini: 24/06/2024 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA