Perbincangan Bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan, (KPWK) Sarawak | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan, (KPWK) Sarawak

Perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan, (KPWK) Sarawak

 

KUCHING, 12 Jan – Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE), Dr. Rajna Anthony menghadiri Perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan (KPWK), Sarawak. Kedatangan beliau telah disambut baik oleh Dr. Intan Rahmah binti Mohd Tazuddin selaku wakil dari KPWK.

Perbincangan ini memfokuskan berkaitan program kesedaran warga emas serta membincangkan program yang akan dijalankan sepertimana yang dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) pada tahun 2022.

Antara cadangan yang dibincangkan termasuklah berkaitan Latihan Penjaga Warga Emas (TOT), Literasi Digital untuk Warga Emas, Khidmat Profesional berkaitan penyelidikan, Pendidikan Kewangan untuk wanita ke arah kesejahteraan komuniti, konferens dan kerjasama mewujudkan model seperti U3A dan PAWE@MyAgeing.

Tarikh Input: 19/01/2023 | Kemaskini: 20/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUXA4~