Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Semarakkan MyAgeing®️ Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2025 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Semarakkan MyAgeing®️ Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2025

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Semarakkan MyAgeing®️ Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2025

Serdang, 13 Ogos 2025 – Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2025, MyAgeing®ï¸ telah menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ yang berlangsung pada 13 Ogos 2025. Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik di kalangan warga kampus UPM.

Sesi penjurian berlangsung penuh meriah dengan susunan persembahan yang membawa penonton mengimbau pelbagai sisi perjalanan negara menuju kemerdekaan. Babak dramatik mempertahankan kampung daripada ancaman musuh membuka tirai acara, diikuti deklamasi sajak penuh penghayatan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Hamid, Presiden U3A. Suasana terus rancak dengan tarian ”Joget Pahang” dan kemeriahan ala pasar tradisional. Para juri turut dibawa menelusuri Terowong Masa yang memaparkan kepimpinan negara dari era kemerdekaan hingga kini.

Acara kemuncak diserikan dengan persembahan ukulele lagu “Dayung Sampan” oleh Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas U3A Malaysia (U3A) diakhiri dengan gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan serta penyampaian cenderahati berupa dodol PAWE@MyAgeing®ï¸ yang disampaikan oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, kepada Pengarah Pusat Kebudayaan UPM, Encik Husalshah Rizal Bin Hussian, yang juga merangkap Ketua Juri sebagai tanda penghargaan.

Barisan juri jemputan daripada Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) hadir memberikan penilaian secara profesional berdasarkan kriteria pertandingan yang merangkumi kreativiti dalam penggunaan dan susun atur bendera bagi menonjolkan suasana ceria sambutan kemerdekaan, daya tarikan melalui konsep dekorasi unik termasuk binaan daripada bahan terpakai, nilai tambah seperti penyediaan slogan atau kata-kata patriotik yang membangkitkan semangat cintakan negara, serta kemeriahan, kebersihan dan keceriaan keseluruhan yang memaparkan rasa bangga dan patriotisme warga MyAgeing®ï¸.

Pengarah MyAgeing®ï¸ turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga MyAgeing®ï¸ yang telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan acara ini. “Pertandingan ini bukan sekadar mengangkat nilai estetika kibaran bendera, tetapi menjadi simbol penyatuan warga dalam menyemai rasa cinta dan bangga terhadap tanah air,” ujarnya.

Pertandingan Kibar Jalur Gemilang ini menjadi bukti komitmen MyAgeing®ï¸ untuk terus mengangkat semangat kemerdekaan, seiring aspirasi Malaysia MADANI: Santuni Rakyat.

 
 

 

     

 

 

   

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/08/2025 | Kemaskini: 25/08/2025 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:47:07am-04:52:07am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]