PKD Kuala Langat Tinjau Potensi Kolaborasi Penuaan Sihat Bersama MyAgeing® UPM Dan U3A Malaysia | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » PKD Kuala Langat Tinjau Potensi Kolaborasi Penuaan Sihat Bersama MyAgeing® UPM dan U3A Malaysia

PKD Kuala Langat Tinjau Potensi Kolaborasi Penuaan Sihat Bersama MyAgeing® UPM dan U3A Malaysia

 


SERDANG
, 13 Januari – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan strategik daripada delegasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan kesejahteraan warga emas. Delegasi seramai 15 orang itu menumpukan kepada tiga agenda utama iaitu memahami ekosistem penyelidikan MyAgeing®, merangka kolaborasi program kesihatan serta perkongsian model pengurusan aktiviti warga emas.
 
Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, berkata lawatan ini bukan sekadar sesi suai kenal, tetapi langkah proaktif PKD Kuala Langat untuk memahami dengan lebih mendalam objektif serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh institut tersebut. “Fokus utama adalah mencari titik temu kolaborasi antara PKD Kuala Langat dan MyAgeing®, khususnya dalam merangka program intervensi kesihatan dan kesejahteraan yang lebih berkesan untuk komuniti warga emas di daerah Kuala Langat,” katanya.

Perkongsian U3A disampaikan oleh Presiden Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Malaysia (U3A), Tuan Hj. Zainal Abidin Ahmed, yang menjelaskan bagaimana U3A berjaya menggerakkan warga emas untuk kekal aktif melalui pembelajaran sepanjang hayat. Turut hadir semasa lawatan ini ialah Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE) MyAgeing®, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat serta Kelab Warga Emas Tanjung Sepat.

Lawatan ini dilihat berjaya mencapai objektif dalam memberi nilai tambah pengetahuan berkaitan bidang gerontologi serta mempromosikan kepakaran dan hasil penyelidikan UPM kepada pihak berkepentingan luar, selaras dengan hasrat universiti untuk memasyarakatkan ilmu demi manfaat komuniti menua di Malaysia

 

Tarikh Input: 26/01/2026 | Kemaskini: 26/01/2026 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (03:50:37am-03:55:37am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]