Potensi Kolaborasi Antara Universiti Portsmouth Dan MyAgeingâ„¢ UPM Dalam Bidang Penyelidikan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Potensi kolaborasi antara Universiti Portsmouth dan MyAgeingâ„¢ UPM dalam bidang penyelidikan warga emas

Potensi kolaborasi antara Universiti Portsmouth dan MyAgeingâ„¢ UPM dalam bidang penyelidikan warga emas

 
SERDANG, 10 November -Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan ringkas dari Prof. Dr. Raymond Lee dari University of Portsmouth United Kingdom.
 
 
Lawatan telah disambut baik oleh Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad, Pengarah dan ahli pengurusan serta pegawai MyAgeing™. Prof. Dr. Raymond Lee telah dibawa melawat sekitar MyAgeing™.
 
 
Semasa lawatan ini berlangsung beberapa potensi kolaborasi bersama berkaitan bidang penuaan turut dibincangkan. Lawatan ini telahmembuka peluang para penyelidik meningkatkan jaringan bersama pelbagai Universiti.

Sementara itu, Universiti Portsmouth merupakan sebuah universiti awam di Portsmouth, England. Universiti ini adalah salah satu daripada empat universiti di Tenggara England yang dinilai sebagai Emas dalam Rangka Kerja Kecemerlangan Pengajaran Kerajaan. Universiti ini terdiri daripada  lima fakulti, 24 sekolah dan beberapa perkhidmatan lain. Universiti itu mempunyai lebih kurang 3,500 kakitangan dan 28,280 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, universiti ini adalah yang ke-25 terbesar di Amerika Syarikat.

Tarikh Input: 10/11/2022 | Kemaskini: 11/11/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdOAB~