Seminar ‘Family - Based Rehabilitation & Community – Based Rehabilitation’ Oleh Dr. Intan Sabrina Mohamad | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Seminar ‘Family - Based Rehabilitation & Community – Based Rehabilitation’ oleh Dr. Intan Sabrina Mohamad

Seminar ‘Family - Based Rehabilitation & Community – Based Rehabilitation’ oleh Dr. Intan Sabrina Mohamad

SERDANG, 19 Julai - Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE), MyAgeing™ telah menganjurkan satu seminar bertajuk "Family – Based Rehabilitation & Community – Based Rehabilitation". Seminar ini disampaikan oleh Dr. Intan Sabrina Mohamad, Pakar Perubatan Pemulihan dari Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang.
 
Objektif seminar ini adalah untuk menekankan kepentingan rehabilitasi kepada komuniti, ianya dapat mengurangkan risiko dan memberi perlindungan kepada penjaga dan pesakit secara amnya. Seramai 15 orang peserta yang terdiri dalam kalangan staf UPM dan orang awam telah menyertai seminar ini.

Dr. Intan Sabrina menerangkan setiap komponen berkaitan rehabilitasi, bermula dari cara penggunaan alatan sokongan yang betul serta melakukan aktiviti ‘swallow test’ untuk menunjukkan kepada para peserta bahawa kepekatan setiap cecair akan mempengaruhi proses menelan kepada setiap pesakit. Para peserta turut diberi pendedahan dengan aktiviti cara memakai pakaian dengan betul. Ini bagi mengurangkan kesakitan dan risiko patah ketika menyarungkan pakaian.
 
Di akhir seminar, para peserta diberi peluang untuk sesi soal jawab dan diikuti dengan sesi bergambar. Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing™, sila layari media sosial MyAgeing: https://www.facebook.com/MyAgeing/ atau e-melkan kepada: tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my.

 

 

Tarikh Input: 23/07/2024 | Kemaskini: 23/07/2024 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:15:49am-04:20:49am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]