[SESI PENILAIAN PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG INTER – PTJ SEMPENA PROGRAM SEMARAK MERDEKA UPM TAHUN 2024]
SERDANG, 15 OGOS 2024 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing

) telah selesai menjalani Sesi Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ Sempena Program Semarak Merdeka UPM bagi Tahun 2024.
Delegasi yang terdiri daripada para penilai yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia selaku entiti yang dipertanggungjawabkan dalam membawa semarak rasa MERDEKA ini iaitu Encik Husalshah Rizal Hussian telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah MyAgeing

, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon, Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, YBrs. Dr. Puvaneswaran, Ketua Program Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, YBhg. Prof. Dr. Chan Yoke Mun serta pegawai dan staf MyAgeing

.
Walaupun Program Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter – PTJ Sempena Program Semarak Merdeka UPM Tahun 2024 ini merupakan penyertaan kali pertama, warga MyAgeing

bersemangat dan komited membuat persediaan awal bagi menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan warga MyAgeing

.
MyAgeing

telah memilih tema ”Nostalgia” dengan slogan ”Mengenang Merdeka, Membina Malaysia” memulakan pengisian program dengan kayuhan basikal membawa bendera oleh Encik Fazli Sonan untuk diberikan kepada Timbalan Pengarah dan diserahkan kepada Ketua Penilai dengan laungan 7 kali “MERDEKA!” yang diketuai oleh Timbalan Pengarah. Para penilai dibawa masuk ke Foyer MyAgeing

seterusnya diberikan penerangan mengenai hiasan Logo Malaysia Madani: Jiwa Merdeka dan bunga raya di Sudut Kaunter oleh Puan Norhanika Hanusi. Seterusnya para penilai dipersembahkan peragaan busana tradisional dari pelbagai kaum oleh ahli pengurusan dan pegawai MyAgeing

. Program diteruskan lagi dengan membawa para penilai ke Sudut Info Merdeka yang disampaikan oleh Puan Siti Suhailah Abdullah dan Visibiliti Info Merdeka di media sosial oleh Cik Siti Aisyah Nor Akahbar.
Sepanjang program berlangsung, muzik gamelan telah dimainkan oleh warga emas dari Persatuan University of the Third Age Malaysia (U3A) bagi memeriahkan program. Pengerusi majlis iaitu Puan Askina Aziz, Penolong Pendaftar MyAgeing

telah memperkenalkan setiap pemain muzik gamelan yang diterajui oleh Puan Kasummah Salleh. Kemudian, para penilai dibawa ke Sudut Nostalgia yang mempamerkan barang-barang antik. Puan Nur Hidayah Tina Abdullah dan Cik Siti Aisyah Nor Akahbar telah memberi penerangan kepada para penilai mengenai kedua-dua sudut tersebut.
Timbalan Pengarah MyAgeing

, Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Rosnon turut menerajui acara dengan menyampaikan deklamasi puisi nukilan Sasterawan Negara (SN) Datuk A.Samad Said dengan puitis. Seterusnya para penilai dijemput untuk menjamu ’Roti Jala Merdeka’. Sebelum para penilai berangkat pulang, Encik Mohd Farid Jihadi Sulaiman telah memberi penerangan mengenai Zon Merdeka di bahagian luar bangunan MyAgeing

.
Dengan kerjasama dan dedikasi dari semua pihak yang terlibat, kami yakin bahawa sambutan ini akan memberi makna kemerdekaan yang mendalam kepada semua warga MyAgeing

.
Bersama kita semarak jiwa merdeka
Tarikh Input: 21/08/2024 |
Kemaskini: 04/09/2024 | norhanika
PERKONGSIAN MEDIA