Slot UPM Bagi Aktiviti Rutin Harian Di PAWE@MyAgeing | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) 127
» BERITA » Slot UPM bagi Aktiviti Rutin Harian di PAWE@MyAgeing

Slot UPM bagi Aktiviti Rutin Harian di PAWE@MyAgeing

 
 
AMPANGAN, 24 Sept 2024 - Prof. Madya Dr. Roslan Rosnon, Timbalan Pengarah, MyAgeing® meneruskan slot UPM buat kali kedua bersama ahli-ahli PAWE@MyAgeing dalam aktiviti rutin harian PAWE@MyAgeing. Slot bertajuk ‘Jejak Kehidupan: Kisah Warga Emas yang Menginspirasi’ diadakan setiap bulan bertempat di Wakaf Pak Ngah Atan, Ampangan, Negeri Sembilan.
 
Dalam sesi kali ini, para peserta diberikan tugasan untuk menyiapkan penulisan yang berkisar tentang kehidupan masing-masing. Tujuan utama adalah untuk membukukan kisah-kisah ini sebagai rujukan dan inspirasi bagi generasi akan datang. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan pencurahan pengalaman, bahkan dapat memperkukuh hubungan antara peserta serta memberikan penghargaan kepada sejarah hidup warga emas.
 
Melalui slot ini, diharapkan setiap ahli warga emas dapat merasakan nilai dan keunikan pengalaman hidup yang dimiliki, serta memberi motivasi kepada orang lain di samping dapat merangsang kreativiti dan meningkatkan daya pemikiran.
 
 

 

Tarikh Input: 26/09/2024 | Kemaskini: 26/09/2024 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (05:13:30am-05:18:30am, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]