SERDANG, 22 Jan – Jawatankuasa Sumber Pembelajaran dan Latihan (TERA) MyAgeing®ï¸ telah menganjurkan sesi seminar bertajuk Nutrition For Cognitive Health In Older Adults: Brain Supporting Foods. Seminar ini disampaikan oleh Dr Lim Sook Yee, dari Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸). Seramai 20 peserta terlibat secara langsung didalam program ini .
Objektif program ini adalah untuk menerangkan bagaimana pemakanan yang seimbang dan kaya dengan nutrisi memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kognitif, terutamanya dalam kalangan individu yang semakin berusia. Makanan yang menyokong fungsi otak bukan sahaja membantu meningkatkan daya ingatan, tetapi juga dapat memperlahankan proses penuaan otak yang biasa berlaku.
Dalam kajian terkini, beberapa jenis makanan yang kaya dengan antioksidan, asid lemak omega-3, serta vitamin dan mineral tertentu, terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson.
Antara makanan yang menyokong kesihatan otak termasuk ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan makerel yang kaya dengan omega-3 untuk fungsi sel otak; kacang dan biji-bijian seperti almond, walnut, dan biji chia yang mengandungi vitamin E untuk melindungi otak daripada kerosakan, serta sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, dan kale yang kaya dengan folat dan vitamin K yang menyokong fungsi otak.
Selain itu, buah-buahan beri seperti blueberi dan strawberi mengandungi flavonoid yang meningkatkan ingatan dan melindungi sel otak, sementara coklat gelap dengan lebih 70% kandungan koko mengandungi flavonoid dan antioksidan yang merangsang perhubungan antara sel otak.
Akhir Sekali, pemakanan yang kaya dengan nutrisi yang sesuai dapat memainkan peranan yang besar dalam menjaga kesihatan otak, terutama bagi individu yang berusia. Dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, kita dapat memperlahankan kesan penuaan otak dan meningkatkan kualiti hidup sepanjang usia.
Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 22/01/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA