The International Summit Forum On Aging And Intelligent Health Care(China-Malaysia) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » The International Summit Forum on Aging and Intelligent Health Care(China-Malaysia)

The International Summit Forum on Aging and Intelligent Health Care(China-Malaysia)

 

SELANGOR, 13 November 2021 – seramai 13 orang pakar dalam bidang penuaan dari Malaysia dan China telah mengambil tempat dalam forum ini. Forum ini telah dianjurkan oleh Zhengzhou Universiti dengan kerjasama Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Consortium of Malaysian Universities (CMU). Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad, Pengarah MyAgeingTM juga turut menegaskan tujuan Forum ini diadakan adalah untuk menghimpunkan penyelidik dan pihak berkepentingan dalam bidang penuaan untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kami; dan bertukar-tukar idea dalam meningkatkan impak penyelidikan serta inovasi dalam bidang ini.           

Situasi Pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini tidak menjadi batu penghalang  aktiviti penyelidikan antara Malaysia dan China. Menerusi medium dan platform dalam talian kedua-dua negara ini telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Forum Sidang Antarabangsa Tentang Penuaan dan Penjagaan Kesihatan Pintar (China-Malaysia) dan telah mendapat sambutan hebat seramai 49 ribu tontonan secara maya menerusi Dahe Heath New, China. Forum ini telah diadakan secara hybrid iaitu secara maya dan fizikal bertempat dan dihoskan oleh Hospital Gabungan Kelima Universiti Zhengzhou.

Di dalam forum ini pakar - pakar dalam bidang penuaan ini bercakap mengenai masalah-masalah terhadap penjagaan warga emas dan kos rawatan perubatan yang kini kian meningkat. Prof. Madya Ir. Ts. Fakrul Zaman Rokhani, MyAgeingTM berkata penduduk dunia semakin tua dengan cepat apabila kadar kesuburan telah menurun kepada paras yang sangat rendah di kebanyakan wilayah dunia, dan orang ramai cenderung untuk hidup lebih lama disebabkan kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih baik, rawatan, pencegahan penyakit berjangkit serta peningkatan dalam status pemakanan. Peningkatan bilangan warga emas dilihat memberi kesan kepada pelbagai aspek kehidupan contohnya kesejahteraan. Bidang Geronteknologi yang memanfaatkan teknologi digital seperti Internet-of-Things (IoT), teknologi awan, pembelajaran mesin, ditambah dengan pengurusan penjagaan warga emas, boleh membawa nilai pengurangan kos penjagaan, peningkatan kesejahteraan dan amalan yang lebih mampan kepada orang tua dan penjaga.

Pakar dari UPM , Prof. Madya Dr. Hayati Kadir dalam forum ini telah menjelaskan mengenai kajian Penyelidikan intervensi untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kesediaan banjir; meningkatkan kesedaran kanak-kanak dan wanita muda tentang keganasan rumah tangga; mencipta modul pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit pembedahan jantung dan turut mencipta modul pendidikan kesihatan untuk meningkatkan keberkesanan diri pesakit AIDS.

Prof. Madya Dr. Zumilah Zainalaludin dari MyAgeingTM UPM turut berkata  kemiskinan juga dikaitkan dalam kalangan wanita warga emas di negara membangun masih berleluasa sehingga kini. Beliau juga berkata hubungan antara latar belakang sosioekonomi, umur, kemiskinan di kalangan ibu tunggal di Malaysia turut menjadi faktor. Dalam kajian beliau juga menunjukkan bahawa perceraian dan janda dikaitkan dengan ibu tunggal yang muda dan bukan miskin. Latar belakang akademik tinggi, kelas luar bandar pula dikaitkan dengan ibu tunggal yang muda dan miskin. Manakala hanya wanita warga emas yang berstatus bekerja sendiri, bukan miskin.

Dekan dari Hospital Gabungan Kelima Universiti Zhengda, China ,  Prof. Dr. Zheng Pengyuan menyebut sistem perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah, disokong oleh komuniti, institusi dan digabungkan dengan penjagaan penjagaan perubatan dan dan penjaga kesihatan warga emas yang berada dalam keadaan sihat dan bebas boleh memilih untuk menjaga diri sendiri di rumah.

Dr. Peng Peng dari Pusat Pengajaran Amalan Eksperimen Kolej Seni dan Reka Bentuk, Universiti Industri Ringan Zhengzhou berpendapat Reka bentuk Orthosis Sendi Badan Bawah Pintar Teknikal membantu pencegahan secara kecemasan. Reka bentuk Orthosis perlu digunakan dengan bimbingan doktor atau pegawai profesional.

Pensyarah kanan, UPM Dr, Saiful Hasley Ramli mengetengahkan berkaitan topik budaya kreatif menyediakan penyelesaian untuk warga emas. Dalam penyelidikan geronteknologi pelbagai kaedah, reka bentuk penjagaan kesihatan, teknologi telah membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh warga emas. Pelbagai pendekatan yang telah diambil contohnya melalui strategi kreatif. Dua reka bentuk telah bangunkan iaitu, Pejalan kaki pintar dan tempat duduk tandas mudah alih. Secara Khususnya Encik Mohd Rizal Hussain, Pegawai Penyelidik Kanan, UPM telah menerangkan secara terperinci berkaitan model rekabentuk ini. Tujuan reka bentuk ini direka adalah untuk mengenal pasti berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh warga emas apabila menggunakan rangka berjalan atau pejalan kaki, serta telah mengenal pasti potensi cara mengatasi masalah ini. Dalam rekaan ini rangka atau pejalan kaki berjalan yang sesuai untuk warga emas di Malaysia yang boleh menawarkan lebih ciri keselamatan, stabil, lebih mesra pengguna untuk warga emas serta dilengkapi dengan sistem pintar, pemantauan pada masa hadapan. – UPM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM),
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.
Emel: myageing@upm.edu.my

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 23/01/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEZMAL~