![]() |
||
| Gambar bersama warga kerja MyAgeing® sempena Town Hall Siri 2. | ||
![]() |
![]() |
|
| Dr. Puvanesarwan Kunasekaran menerima cenderamata kenang-kenangan. | Dr. Asnarulkhadi Abu Samah menerima penghargaan. | |
![]() |
![]() |
|
| Nur Azilah pemenang Pertandingan EKSA 2025 kategori Ruang Kerja Terbaik | Pemenang Pertandingan EKSA 2025 Kategori Hasil Kreativiti Terbaik (Zon Delima) | |
|
Serdang, 29 Julai 2025 – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Town Hall MyAgeing® Siri 2 bertempat di Bilik Latihan 1 & 2, MyAgeing®. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini menghimpunkan seluruh warga kerja institut bagi memperkukuh komunikasi dua hala, memperingati jasa staf dan memperkenalkan inisiatif digital baharu institut. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, diikuti Sesi Interaksi Bersama Pengarah yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim. Dalam sesi ini, beliau menyampaikan amanat dan harapan kepada staf serta membuka ruang bagi pertanyaan dan cadangan secara terus daripada warga kerja. "Portal MyAgeing® diharap dapat menjadi pemangkin kepada transformasi digital dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam kalangan staf."
Pengisian seterusnya adalah penerangan mengenai Portal MyAgeing®, sebuah platform digital dalaman yang dibangunkan |
khusus untuk menyokong pengurusan kerja, komunikasi dan capaian maklumat penting berkaitan operasi institut. Portal ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada transformasi digital dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam kalangan staf. Turut berlangsung Majlis Lambaian Kasih yang diadakan bagi menghargai jasa dua orang staf iaitu Dr. Puvanesarwan Kunasekaran dan Dr. Asnarulkhadi Abu Samah. Penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan telah disampaikan bagi mengenang segala sumbangan mereka sepanjang berkhidmat di MyAgeing®. Acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Pemenang Pertandingan EKSA 2025 sebagai penghargaan kepada staf yang menunjukkan komitmen dan kreativiti dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan berteraskan nilai korporat. Secara keseluruhannya, Town Hall Siri 2 ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mengukuhkan hubungan silaturahim antara ahli pengurusan dan staf, menghargai sumbangan warga kerja serta memperkenalkan inisiatif digital baharu yang bakal mencorakkan masa depan pengurusan MyAgeing® yang lebih cekap dan berdaya saing. |
|
Tarikh Input: 30/07/2025 | Kemaskini: 30/07/2025 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA