UPM Menang Emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN2018) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » UPM Menang Emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN2018)

UPM Menang Emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN2018)

 

Oleh CoSComm UPM

 

KUALA LUMPUR, 13 Sep – Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi pingat emas Anugerah Harta Intelek Negara 2018 (AHIN2018) kategori  organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik)

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima anugerah daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Tun Abdul Razak,  Menara Kembar Bank Rakyat di sini.

 

UPM membawa pulang hadiah kemenangan RM30,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan daripada Badan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Ini adalah kemenangan UPM kali keenam bagi kategori yang sama sejak tahun 2008.

 

Selain anugerah tersebut, UPM juga berjaya meraih pingat emas bagi kategori Paten untuk inovasi Remdii Sensitive  yang mampu melegakan simptom ekzema hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr.  Lai Oi Ming dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan memenangi wang tunai RM10,000.00, piala dan sijil penyertaan.

 

AHIN 2018 yang diiktiraf World Intellectual Property Organisation di Geneva, Switzerland menerima 760 penyertaan dari seluruh negara untuk menggalakkan budaya kreativiti,  inovasi dan rekcipta dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, UPM Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Ketua Program Pemerkasaan Perlindungan Harta Intelek, Putra Science Park Dr. Zahira Mohd Ishan dan Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi, Putra Science Park Dr. Mohammad Fakri Zaky Jaafar.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris berkata kejayaan UPM disumbangkan oleh pembangunan satu ekosistem pengkomersilan yang melibatkan pengurusan Harta Intelek bersistematik bermula dengan perlindungan harta intelek hingga ke peringkat pengkomersilannya yang diuruskan oleh Putra Science Park.

 

“Ekosistem ini membantu untuk memastikan teknologi UPM dapat dikomersilkan di samping mengasah bakat para graduan terpilih sebagai usahawan tekno melalui program Innohub.

 

“Sehingga kini, UPM telah berjaya menjana pendapatan pengkomersilan RM13.5 juta, jualan kasar 62jmemfailkan sebanyak 2623 harta intelek dan menghasilkan 59 syarikat permulaan (start-ups)," kata beliau.

 

Pada tahun lalu, UPM berjaya meraih kemenangan dua tahun berturut-turut mengungguli Kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) dan merangkul Emas di Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2017.

 

Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) mula diperkenalkan pada tahun 2006 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara anjuran MyIPO, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertujuan memberi pengiktirafan kepada perekacipta atau pencipta atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

 

Sebanyak tujuh kategori anugerah dipertandingkan iaitu Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), Paten, Cap Dangangan dan Petunjuk Geografi, Reka Bentuk Perindustrian, Hakcipta, dan Perekacipta Harta Intelek dan Perekacipta Muda Harta Intelek. - UPM

Tarikh Input: 20/09/2018 | Kemaskini: 20/09/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdWAV~