SERDANG, 24 April – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸) hari ini telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu bertajuk "Transformasi Digital Mudah dengan Canva AI 2.0". Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat MyAgeing®ï¸ ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran digital staf dalam menghadapi arus teknologi semasa.
Sesi perkongsian yang dikendalikan oleh Puan Nurul Asyikin binti Mohd Taib ini memberi fokus kepada penggunaan alatan Kecerdikan Buatan (AI) yang terdapat dalam platform Canva versi 2.0. Melalui perkongsian ini, warga MyAgeing®ï¸ telah didedahkan dengan cara menghasilkan kandungan digital yang lebih profesional, pantas dan kreatif dengan bantuan AI, sekali gus memudahkan urusan harian, khususnya dalam aspek penyediaan bahan pembentangan dan grafik jabatan.
Program ini merupakan salah satu langkah proaktif MyAgeing®ï¸ dalam menyokong inisiatif Transformasi Digital UPM. Selain pendedahan teknologi, pengisian sesi ini juga bagi memastikan warga institut sentiasa berada di hadapan dalam penguasaan teknologi digital.
Kehadiran peserta yang memberangsangkan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan staf untuk terus menimba ilmu baharu. Sebagai galakan terhadap pembangunan bakat, para peserta yang hadir turut diberikan mata latihan CPD.

Tarikh Input: 24/04/2026 | Kemaskini: 24/04/2026 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA