Webinar And Project Launch: Consortium On Mobility And Transportation In An Ageing Society (CoMTAS) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Webinar and Project Launch: Consortium on Mobility and Transportation in an Ageing Society (CoMTAS)

Webinar and Project Launch: Consortium on Mobility and Transportation in an Ageing Society (CoMTAS)

 

1 APRIL 2021 Serdang, Selangor  – Penuaan penduduk merupakan salah satu agenda utama negara kerana Malaysia dijangka menjadi negara emas menjelang tahun 2030 apabila 15% daripada jumlah penduduknya terdiri daripada warga emas berumur 65 tahun ke atas. Isu utama di kalangan warga emas ialah keselesaan dan juga keselamatan dalam mobiliti dan pengangkutan. Mobiliti di kalangan warga emas sangat penting dan perubahan pada dasar pengangkutan amat diperlukan agar mereka dapat berdikari dan memberi kualiti hidup yang baik disamping memberi kesan untuk mereka menjalani penuaan aktif dan produktif. Sehubungan dengan itu, satu Projek Penyelidikan Consortium Mobility and Trasportation in an Ageing Society (CoMTAS) telah dibentuk melalui Geran Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Konsortium ini terdiri daripada tiga (3) kumpulan penyelidik daripada pelbagai universiti awam di Malaysia, iaitu - Institut Peyelidikan Penuaan Malaysia, MyAgeing ™ (UPM), Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan,  HCare (UKM) dan Pusat Penyelidikan Sains Penuaan Antarabangsa USM-RIKEN, URICAS (USM). Rangkaian penyelidik CoMTAS dikenal pasti melalui Malaysian Ageing Research Network (MARN) dengan pengkhususan dalam bidang mobiliti, kesihatan dan ekonomi. Anggota lain dari kementerian dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan juga akan bekerjasama dalam penyelidikan ini.

Projek penyelidikan CoMTAS ini akan dilancarkan melalui satu program webinar yang akan diadakan pada 1 April 2021 dan akan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia. Pengenalan kepada projek penyelidikan Consortium on Mobility and Transportation in an Ageing Society (CoMTAS) akan disampaikan oleh YM Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, Ketua Konsortium, MyAgeing™, Universiti Putra Malaysia. Bertindak sebagai agenda utama dalam program ini, satu Webinar bertajuk “Mobility and Trasportation in an Ageing Society” akan berlangsung untuk dua sesi iaitu sesi kebangsaan yang melibatkan para penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan wakil daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Manakala webinar sesi antarabangsa pula akan dikongsikan oleh para penyelidik dari beberapa universiti dan agensi antarabangsa. Objektif webinar ini adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi pendedahan mengenai mobiliti dan pengangkutan dalam masyarakat menua, sebagai langkah pertama untuk memulakan penyelidikan CoMTAS. Visi penubuhan CoMTAS adalah menjadi titik rujukan untuk mobiliti dan pengangkutan mesra usia di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Untuk tujuan ini, usaha bersepadu dalam pembangunan penyelidikan pelbagai disiplin diperlukan ke arah mewujudkan bandar mesra usia. Pada peringkat awal penyelidikan konsortium akan menumpukan pada penilaian situasi dan kesediaan sistem pengangkutan awam untuk memenuhi keperluan warga emas di Malaysia.

Di samping itu, laman sesawang Malaysian Ageing Research Network (MARN) turut serta dilancarkan pada program ini bertujuan untuk memperkenalkan MARN di kalangan penyelidik dan dalam masa yang sama menjemput para penyelidik menganggotai MARN. Malaysian Ageing Research Network (MARN) bermatlamat menyediakan platform bagi memupuk kepakaran tempatan dan pembangunan saintifik bidang penuaan dan penyelidikan gerontologi yang bersifat pelbagai disiplin di Malaysia. Hal ini bagi mengembangkan keupayaan dan peranan penyelidik tempatan bagi memacu kerjasama pelbagai disiplin justeru meningkatkan kesan dan hasil penyelidikan terhadap penuaan dari segi input dan program dasar di peringkat nasional.

Sekian, Terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM),

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.

e-mail: myageing@upm.edu.my

Tarikh Input: 21/04/2021 | Kemaskini: 23/04/2021 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdPAR~