SERDANG, 28 Jun - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran pada Penuaan (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan sesi webinar bertajuk ‘How To Avoid Predatory Journals’. Webinar ini disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha, dari Kolej Kejururawatan, Universiti Al-Bayan.
Objektif program ini adalah untuk membincangkan kesilapan semasa pemilihan artikel yang tepat untuk penyelidikan. Seramai lapan (8) orang peserta termasuk kakitangan MyAgeing™ dan orang awam mendapat manfaat daripada perkongsian selama satu (1) jam webinar ini. Dr. Hasanain membincangkan dengan teliti setiap komponen artikel penyelidikan dari abstrak sehingga bahagian rujukan bagi menangani kesilapan biasa yang dijumpai dalam setiap segmen.
Pada akhir perkongsian, Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha menegaskan bahawa antara tanda-tanda artikel itu “Predatory Journal” ialah terlalu banyak kesilapan dalam tatabahasa, informasi yang palsu berkaitan identiti penulis serta manuskrip yang akan dihantar melalui e-mel. Perbincangan diakhiri dengan sesi soal jawab ringkas untuk menjawab sebarang soalan dan diikuti dengan sesi bergambar bersama peserta yang terlibat.
Webinar ini amat bermanfaat untuk meningkatkan kesedaran serta kemahiran dalam pemilihan artikel penyelidikan. Bagi mereka yang ingin memperkukuhkan kepakaran mereka, kami mengalu-alukan permohonan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing™ di alamat e-mel berikut: tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Farid Jihadi Sulaiman
Pegawai Eksekutif
Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE)
Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 05/07/2024 | ainulmardiyyah

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA