
SERDANG, 6 Dis – Jawatankuasa Sumber Pembelajaran dan Latihan (TERA), MyAgeing® telah menganjurkan sesi webinar bertajuk "Sample Size Calculation For Medical Research". Webinar ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Hasanain Faisal Ghazi Habasha dari Kolej Kejururawatan, Universiti Al-Bayan, Iran.
Objektif utama webinar ini adalah untuk membincangkan pengiraan saiz sampel serta formula utama yang digunakan dalam pengiraannya. Seramai 36 orang peserta yang terdiri dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, pelajar siswazah, dan profesional dalam bidang perubatan telah mendaftar dalam webinar kali ini.
Dalam sesi tersebut, Dr. Hasanain memberikan penerangan yang mendalam mengenai kepentingan pengiraan saiz sampel yang betul dalam penyelidikan perubatan untuk memastikan hasil yang sah dan boleh dipercayai. Beliau juga membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menentukan saiz sampel dan cabaran yang sering dihadapi oleh penyelidik dalam proses tersebut.
Webinar ini mendapat sambutan yang amat positif daripada para peserta, yang turut terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab bersama penceramah. Diharapkan agar peserta dapat mempertingkatkan pemahaman mereka mengenai kepentingan pengiraan saiz sampel yang tepat dalam penyelidikan perubatan sekali gus meningkatkan kualiti dan hasil penyelidikan.
Bagi mereka yang berminat untuk memperluas pengetahuan dalam subjek tertentu, kami mengalu-alukan permohonan untuk kursus-kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing® melalui e-mel berikut: tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my.
Disediakan oleh:
Farid Jihadi Sulaiman
Pegawai Eksekutif
Tarikh Input: 06/12/2024 | Kemaskini: 02/01/2025 | ainulmardiyyah

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA