Serdang, 7 Feb – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA) MyAgeing® telah menganjurkan sesi bengkel bertajuk Effective Way of Writing for Research Publications. Seminar ini disampaikan oleh Prof Madya Dr. Vasudevan Ramachandran, dari Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) merangkap Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®). Seramai 25 peserta telah terlibat secara langsung di dalam program ini.
Objektif utama seminar ini adalah meningkatkan kualiti penerbitan dengan memastikan artikel yang dihantar selaras dengan fokus dan skop jurnal tersebut. Memilih jurnal yang berprestij dan berkualiti tinggi dapat meningkatkan kredibiliti penyelidikan dan memperluas akses kepada pembaca yang lebih luas, sekali gus memberi impak yang lebih besar dalam bidang kajian.
Selain itu, menulis manuskrip yang terbaik memerlukan strategi yang teliti. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan kejelasan dan konsistensi penulisan, menggalakkan penggunaan bukti yang kukuh dalam menyokong hujah serta mempercepatkan proses penulisan dan penyuntingan tanpa menjejaskan kualiti.
Akhir sekali, penceramah juga memberikan tunjuk ajar serta tip mudah kepada para peserta tentang cara mempromosikan karya mereka, membina jaringan dengan penyelidik lain dan menggunakan strategi penulisan untuk meningkatkan peluang artikel diterima, diterbitkan serta memberi impak dalam bidang akademik
Bagi mereka yang ingin memperkukuhkan kepakaran mereka, kami mengalu-alukan permohonan untuk kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing® di alamat e-mel berikut: tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my
Tarikh Input: 10/02/2025 | Kemaskini: 10/02/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA